Followers

Friday, November 13, 2015

Polis tak akan ‘membabi buta’ tangkap Dr M, kata Kadir Koh Jun Lin





Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya bersedia ditahan polis, namun bagi penyokong setia bekas bekas perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya pihak polis tidak akan berbuat demikian.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu berkata ini adalah di sebalik tindakan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan yang menyukarkan kerja polis.

"Saya tidak fikir mereka akan tangkapnya. Terlalu tinggi harganya untuk menangkap Mahathir. Mungkin saya salah, tetapi saya tidak lihat bahawa polis akan membabi buta dan ghairah untuk menangkapnya," katanya pada satu persidangan mengenai rasuah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mahathir semalam bahawa beliau bersedia untuk menghadapi tuduhan berhubung kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4 pada akhir Ogos lalu yang lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.

Kadir juga berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang tindak balas besar-besaran terhadap kerajaan sekiranya Mahathir ditangkap.

Ini kerana, katanya rakyat negara ini akan membiarkan orang lain melakukan apa yang mereka tidak suka dan tidak sanggup tampil mempertahankan hak mereka.

Tambahnya, beliau percaya bahawa perjuangan dirinya dan Mahathir akan tewas kerana berlawan di padang yang tidak sama rata.

Kadir tidak menyebut secara khusus perjuangan yang dimaksudkannya tetapi dipercayai merujuk isu 1MDB dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang didakwa diterima oleh Najib.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.