Followers

Friday, November 13, 2015

Polis cadang perhimpunan aman warga teksi di Padang Merbok


Polis mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini

Polis mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini.

Polis hari ini mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata cadangan itu diutarakan kepada penganjur kerana lokasi asal perhimpunan anjuran Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang iaitu di Dataran Merdeka dilihat akan mengganggu pergerakan trafik pada hari perhimpunan nanti.

Bagaimanapun, katanya pihak penganjur perlu memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

"Sehingga kini tiada kebenaran diberi memandangkan pihak penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Sementara itu, Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Kamarudin Mohd Hussain berkata pihaknya secara dasarnya bersetuju terhadap arahan polis untuk menjalankan perhimpunan itu di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu akan bermesyuarat semula pada Sabtu ini untuk mencapai kata putus berkaitan lokasi perhimpunan itu.

"Kami juga masih menunggu jawapan datuk bandar Kuala Lumpur untuk meluluskan permohonan berhubung lokasi perhimpunan.

“Oleh itu, saya menyeru pemandu teksi di sekitar Lembah Klang untuk menyertai perhimpunan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi perbincangan bersama polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Beliau menyasarkan seramai 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang menyertai perhimpunan selama lima jam yang bakal bermula pada 12 tengah hari sehingga 5 petang pada 18 November ini.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pihaknya mencadangkan 3 lokasi bagi pemandu teksi berkumpul iaitu di Jalan Conlay, Masjid Wilayah serta Padang Merbok pada 10 pagi sebelum perhimpunan bermula pada 12 tengah hari.

Katanya, antara objektif utama perhimpunan ini adalah mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi Uberteksi dan Grabcar yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi ketika ini.

Kamarudin pada masa sama turut bertegas tiada sentimen politik dalam penganjuran perhimpunan ini tetapi ianya hanyalah untuk memartabatkan hak pemandu teksi. – Bernama, 12 November, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.