Followers

Saturday, November 14, 2015

Pengganti saya sedang dipilih - Zeti Aziz


Proses pemilihan pengganti bagi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dijalankan dengan lancar dan teliti.

Menurut Tan Sri Zeti, rakyat tidak perlu khuatir kerana beliau yakin terdapat banyak calon di negara ini yang layak menggantinya menerajui bank pusat.

Menurut Zeti terdapat proses terperinci yang perlu dilalui dalam pelantikan gabenor baru bagi bank pusat.

Proses ini sedang dikendalikan oleh salah satu dari tiga cabang jawatankuasa lembaga pengarah Bank Negara iaitu jawatankuasa tadbir urus.

Tambah beliau tidak wujud sebarang keraguan kerana proses pelantikan gabenor baru juga dikawal selia oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009.

“Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akta kami, Akta Bank Negara Malaysia 2009,” kata Zeti di sidang media pengumuman perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia untuk suku ketiga 2015.

Menurut beliau Akta Bank Negara Malaysia 2009 menekankan bahawa seorang gabenor mesti mempunyai latar belakang dan kelayakan tertentu.

“Jadi jawatankuasa ini sedang membuat proses penilaian terhadap semua nama calon-calon yang berpotensi menjadi gabenor,” katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu yang sudah dicalonkan sebelum ini namun ditolak oleh jawatankuasa tersebut.

Kata beliau, ini membuktikan ketegasan jawatankuasa tersebut dalam memilih calon yang tepat.

“Satu atau dua orang individu yang kami calonkan sebelum ini juga ditolak oleh mereka kerana mereka mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Negara. Jadi ini bermakna mereka menjalankan fungsi mereka dengan sangat serius dan tegas,” tambah beliau.

Bagaimanapun Zeti mencadangkan keputusan dibuat sekurang-kurangnya menjelang Januari tahun depan bagi memastikan semua serahan tugas berjalan lancar.

Tambah Zeti, Bank Negara mempunyai pelan penggantian bagi lima peringkat ke bawah yang mencerminkan keteguhan struktur dan operasi bank pusat lapor AstroAwani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.