Followers

Tuesday, November 24, 2015

Pejabat lambat siap: PKNS rugi RM5.84 juta Mohamad Fadli


selangor-PKNS

Pejabat baharu di Seksyen 14 Shah Alam lewat siap kerana proses tender semula dan lanjutan masa yang diminta kontraktor.

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5.84 juta kerana gagal menyiapkan bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat barunya di Seksyen 14, Shah Alam.

Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri ketiga, mendedahkan kelewatan pembinanaan bangunan baru itu disebabkan proses tender semula dan lanjutan masa yang diminta oleh kontraktor.

“Disebabkan itu, bangunanan baru PKNS telah lewat disiapkan selama dua tahun dari tarikh asal yang sebelum itu dirancang disiapkan pada bulan Julai 2013 hingga 2015.

“Kelewatan itu juga menyebabkan PKNS terpaksa membayar sewa ruang pejabat di bangunan HPAIC Seksyen 13, Shah Alam berjumlah RM5.84 juta (RM277,954 sebulan),” kata laporan itu.

Pihak Audit pula berpendapat setiap perolehan yang lewat disempurnakan memberi impak yang negatif dari aspek pencapaian matlamat, kewangan dan imej PKNS.

Sementara itu, PKNS dalam maklum balasnya kepada Audit Negara berkata, kelewatan itu disebabkan masalah kontraktor dan di luar kawalan PKNS.

“PKNS telah mengambil tindakan mengeluarkan surat amaran berkaitan kepada kontraktor.

“PKNS juga telah mengenakan ganti rugi tertentu dan ditetapkan sebanyak RM39,000 sehari bermula 22 julai 2015,” kata laporan itu.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.