Followers

Tuesday, November 3, 2015

Peguam persoal mengapa tangkap kemudian bebaskan suspek pembunuhan pengasas AmBank OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan

Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo (kanan) yang juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan.

Gobin Singh Deo mempersoalkan tindakan Putrajaya yang menahan suspek pembunuhan pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi namun kemudian membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan.

Peguam itu memetik laporan akhbar Cina, Kwong Wah Jit Poh, yang melaporkan suspek ditahan polis di klia2 minggu lalu, namun Timbalan Pendakwaraya tidak melakukan pertuduhan.

"Apa yang berlaku? Suspek utama ditangkap kemudian dibebaskan, tiada tindakan yang diambil. Bukan saya kata dia suspek utama, polis yang kata," kata ahli Parlimen Puchong itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat, Parlimen, malam tadi.

Laporan itu berkata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Zainuddin Ahmad berkata, polis mengenal pasti suspek berusia 55 tahun itu dan menahannya selepas pulang dari China.

Gobind juga merupakan peguam kepada anak Najadi, Pascal Najadi.

Beliau berkata, 2 individu ditahan dan didakwa atas pembunuhan Najadi, individu yang menjadi perancangnya tidak dikenal pasti sehingga ini.

"Saya ingin bertanya kepada jabatan perdana menteri, bagaimana kita mahu memastikan rakyat negara ini, keadilan ditegakkan apabila mereka menangkap suspek utama, kemudian membebaskan mereka tanpa sebarang tindakan?" soalnya.

Beliau turut menuntut jawapan daripada Putrajaya berhubung tindakan itu.

"Kenapa ini berlaku di Malaysia, bagaimana suspek boleh dibebaskan?" soalnya.

Najadi meninggal dunia selepas ditembak di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.