Followers

Tuesday, November 24, 2015

Obama tidak hormati tuan rumah Wartawan Sinar Harian


Barack Obama
 
Obama menyampaikan ucaptama semasa Asean Sidang Kemuncak Perniagaan Pelaburan 2015 hari ini. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai tidak menghormati  tuan rumah, kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub.

Beliau berkata, Obama patut lebih sensitif dengan perkembangan politik negara ini dengan menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.