Followers

Friday, November 27, 2015

Negara demokrasi perlu kekuatan pembangkang sebagai alternatif- Dr Mahathir - Mohamad Fadli


mahathir council

Dr Mahathir juga membela hak rakyat menggunakan protes jalanan sebagai satu cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu berlaku tidak adil.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, memberi indikasi bahawa tiada satu pihak yang boleh memerintah selama-lamanya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Katanya, demokrasi yang baik adalah melalui sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan menawarkan alternatif kepada rakyat.

“Cara terbaik untuk negara demokrasi adalah mempunyai dua parti politik kerana ia akan memastikan salah satu daripadanya memiliki kemenangan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kalau pembangkang lemah ia tidak akan berkesan dalam memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa.

“Bagi urus tadbir kerajaan yang baik pembangkang mesti sangat kuat dan mampu menawarkan alternatif…Tiada pihak harus memerintah selama-lamanya, ” katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015.

Tambahnya lagi, demokrasi juga tidak akan berjaya sekiranya sesebuah negara itu tidak memahami konsep sistem itu dengan baik.

“Mereka mesti memahami demokrasi itu tidak sempurna, dan ia hanya akan berjaya sekiranya mereka mengetahui had penggunaan sistem itu agar ia sempurna digunakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun akui tidak mensasarkan mesej itu kepada mana-mana pihak (pemerintah) tetapi hanya berkongsi maklumat negara demokrasi secara umum.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir juga membela hak rakyat menggunakan protes jalanan sebagai satu cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu berlaku tidak adil.

“Jika semua gagal, protes jalanan boleh diambil sebagai jalan keluar,” jelasnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.