Followers

Saturday, November 28, 2015

Najib dicabar buat pemilihan baharu Mohamad Fadli


najib-umnoPemilihan juga perlu dilakukan sebagai proses pemutihan di dalam parti bagi memastikan UMNO terus kekal relevan. 

PUCHONG: 200 cawangan UMNO Malaysia mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan pemilihan parti yang baharu pada 2016.

Ketua Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, desakan itu dibuat berikutan ramai ahli UMNO sudah tidak mempercayai kepimpinan Najib lagi.

Katanya, tindakan itu juga antara langkah bagi memutihkan semula UMNO yang dianggap semakin rosak di bawah kepimpinan Najib.

“Kalau dia (Najib) bijak, buat pemilihan pada (Perhimpunan Agung Umno) 2016, itu yang terpenting sebelum menghadapi pilihan raya

“Sekarang ini desakan kita ialah untuk Najib undur dan adakan pemilihan pada 2016 bagi menjalankan pemutihan seperti parti PAS buat, kerana hanya dengan itulah kita dapat mengembalikan keyakinan Umno itu sendiri dan juga orang ramai,” katanya di dalam sidang media di majlis Mendemokrasikan UMNO di Puchong.

Mohd Said berkata demikian di dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ketua-ketua cawangan dari seluruh negara.

Tambahnya, pemilihan juga perlu dilakukan sebagai proses pemutihan di dalam parti bagi memastikan UMNO terus kekal relevan.

Bagaimanapun, ketua-ketua cawangan yang terbabit tidak akan menolak sekiranya Najib sekali lagi menang dan terus kekal duduk di tampuk kepimpinan UMNO.

“Itu kuasa Alalh dan kami terima (jika Najib menang dalam pemilihan), tetapi pemilihan itu mestilah dijalankan dengan cara baik dan jujur.

“Dia bertanding dan menang, kami terima, tetapi dengan syarat kena berubahlah, jangan terus jadi macam ini (merosakkan kepercayaan akar umbi dengan tindakan yang tidak relevan).

“Kalau tak berubah, PRU14 nanti akan hancur,” tegasnya.

Turut hadir sama di dalam perjumpaan tertutup tersebut ialah Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang baru dipecat dari parti berkenaan atas alasan lantang mengkritik kepimpinan UMNO dan melanggar disiplin parti.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.