Followers

Tuesday, November 3, 2015

Naik Elaun: Moga-moga takdak mangsa banjir buat doa laknat MB Exco dan Adun Kelantan

Apa agaknya yang mangsa banjir Kelantan setahun lepas fikir dengan kenaikan elaun Menteri Mesar. Exco dan Adun Kelantan ni. Harap-harap depa tak sampai buat doa laknat.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
Ahli pentadbiran seperti menteri besar dan timbalan menteri besar, speaker dan timbalan speaker, Exco dan timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuat kuasa pada Januari tahun hadapan. - TMI.
Yang lebih menjengkilkan lagi bila TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun Adun sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.
"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya. - Ibid.
Aku terfikir, apa agaknya yang mangsa banjir Kelantan setahun lepas fikir dengan kenaikan elaun Menteri Mesar. Exco dan Adun Kelantan ni. Harap-harap depa tak sampai buat doa laknat.

Terutama sekali mangsa banjir yang masih terpaksa duduk dalam khemah walaupun dijanjikan rumah baru untuk mereka duduki seawal sebelum Aidil Fitrii lepas.

Sungguh aku tak nampak rasional kenaikan ni dalam keadaan Kerajaan Negeri Kelantan masih gagal menunaikan janji kepada mangsa banjir tu. Aku langsung tak faham konsep awlawiyat yang Kerajaan PAS Kelantan gunakan.

Bernama pada 1 November lepas melaporkan:
Keengganan mangsa banjir untuk berpindah ke penempatan baharu yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal baharu (RKB) untuk mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan kini sedang giat mengenal pasti mangsa banjir yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir besar tahun lepas itu untuk dipindahkan. - Sinarharian
Dah hampir setahun berlalu tapi Exco masih boleh bagi alasan macam tu, takkan dah setahun masih tak dapat jalan penyelesaian. Tara tu dengan muka tak malu naikkan elaun sendiri.

Bernama juga melaporkan:
setakat ini sebanyak 822 rumah sedang dalam proses pembinaan, manakala 183 rumah telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri pula telah menyiapkan 177 daripada 636 rumah yang dijanjikan mereka sebelum ini," katanya.

Jawatankuasa itu sebelum ini mengumumkan hanya 1,729 RKB akan dibina berbanding 1,827 RKB selepas semakan dilakukan. - Ibid.
Berdasarkan angka laporan Bernama tu aku mushkil sikit.
Kerajaan negeri :  Siap 177 dari 636 buah (kurang 459 atau 72.1%)
Kerajaan Pusat  : Siap 183 dari 822 buah (kurang 639 atau 77.7%)

Maknanya jumlah keseluruhan pusat dan negeri 636 + 822 = 1,458

Sedangkan jumlah RKB yang dijanjikan adalah 1,827 walaupun jumlah rumah yang mengalami 'total lost' adalah 2,805 buah???



Cenangau Daun Kari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.