Followers

Sunday, November 1, 2015

BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin


Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tidak ada sebab BN akur nasihat PAS sedangkan nasihat Majlis Raja-raja Melayu juga seolah-olah dipinggirkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tidak ada sebab BN akur nasihat PAS sedangkan nasihat Majlis Raja-raja Melayu juga seolah-olah dipinggirkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendengar nasihat PAS.

Bekas pemimpin PAS itu berkata, ini kerana kerajaan BN sendiri seolah-olah tidak mengendahkan titah Majlis Raja-raja Melayu baru-baru ini agar masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.

"Kerajaan hari ini tidak makan nasihat sejak 58 tahun mereka memerintah baik semasa PAS dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Mengapa sekarang mereka mahu mendengar nasihat PAS?

"Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan rasmi bulan lepas tentang perlunya sesuatu tindakan diambil kerajaan menangani madalah besar ekonomi dan kepercayaan terhadap negara.

"Sehingga kini pihak kerajaan tidak membuat apa-apa kenyataan atau tindakan.

"Adakah PAS berpendapat mereka ada pengaruh lebih besar daripada Majlis Raja-raja Melayu ke atas kerajaan?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata PAS hanya mahu menasihati kerajaan dan bukan mahu mengambil alih kuasa.

Menurut Hadi seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini, PAS bersedia menasihati kerajaan BN dalam hal seperti 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," kata Hadi. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.