Followers

Sunday, November 15, 2015

Bekas KPN, peguam, gesa polis cari rakaman video Ali Tinju OLEH JENNIFER GOMEZ

Pelbagai pihak mempertikaikan ketidakmampuan polis mendapatkan video rakaman penuh kejadian rusuhan di luar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur terutama yang membabitkan seorang individu dikenali sebagai Ali Tinju. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2015.

Pelbagai pihak mempertikaikan ketidakmampuan polis mendapatkan video rakaman penuh kejadian rusuhan di luar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur terutama yang membabitkan seorang individu dikenali sebagai Ali Tinju.

Pelbagai pihak mempertikaikan ketidakmampuan polis mendapatkan video rakaman penuh kejadian rusuhan di luar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur terutama yang membabitkan seorang individu dikenali sebagai Ali Tinju

Pihak polis sepatutnya berupaya mengesan rakaman video yang menunjukkan Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kaum Cina untuk membina kes lebih kukuh terhadap beliau, kata seorang bekas ketua polis dan peguam.

Seorang peguam juga bertanya bagaimana polis tidak mempunyai rakaman penuh rusuhan di luar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Julai lalu memandangkan mereka turut hadir ketika kejadian itu.

Seorang lagi berkata, pihak polis dikenali begitu cekap dalam mengesan pengguna media sosial yang membuat kenyataan berunsur hasutan di atas talian, dan sepatutnya juga cekap mencari video yang tersebar luas itu.

Mengulas keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu itu, bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan (gambar, kiri) berkata polis perlu mempunyai bukti sebelum mereka boleh membina kes yang kukuh.



Katanya, oleh sebab itu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis mengumpulkan bukti lanjut mengenai kenyataan berunsur hasutan bekas anggota tentera itu.

Musa berkata, umum mengetahui video Ali tersebar luas, justeru, polis pasti boleh menemuinya.

"Tetapi mereka perlu memastikan siapa yang merakamkan video itu dan orang itu perlu memberi keterangan di mahkamah," katanya.

Keadaan ini timbul selepas Apandi dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider berkata, tuduhan hasutan terhadap Ali digugurkan kerana polis tidak berjaya mendapatkan rakaman audio kata-kata kesat yang didakwa dibuatnya.

Ali didakwa di bawah Akta Hasutan pada 16 Julai tetapi pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan itu pada September, memetik kekurangan bukti.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, sesuatu yang luar biasa apabila polis tidak dapat langsung menemui rakaman itu apabila terdapat begitu ramai orang yang hadir pada kejadian Julai itu.

Beliau berkata, satu lagi perkara yang membingungkan ialah hakikat polis sendiri tidak mempunyai rakaman penuh apabila terdapat begitu ramai anggota mereka yang bertugas di tempat kejadian hari itu, sambil menambah, dalam kebanyakan kes polis sendiri akan merakamkan ucapan dan komen yang dibuat.

"Kami menjangkakan pihak polis bertindak profesional, terdapat begitu ramai anggota mereka di tempat kejadian, " kata Paulsen.

Peguam jenayah New Sin Yew berkata, siasatan polis ke atas kes Ali boleh diklasifikasikan "cuai" pada tahap terbaiknya dan "berniat jahat" pada tahap paling teruk.

Beliau berkata, sesuatu yang aneh dalam kes Ali apabila polis tidak dapat menjalankan siasatan terperinci walaupun terbukti pada masa lalu mereka mampu mendakwa dalam kes yang melibatkan saluran media sosial.

"Mereka hanya perlu mendapatkan pembikin (video) itu untuk mendapatkan rakamannya, mereka sepatutnya boleh melakukan demikian.

"Dan panggil pembikin video itu sebagai saksi," katanya.

New berkata, realitinya ialah, jika polis cuai dalam siasatannya, tiada apa yang boleh dilakukan pendakwa.

"Tugas polis ialah menyiasat dan mengumpul bukti.

"Peranan pendakwa ialah untuk memulakan dan menjalankan prosiding jenayah berdasarkan siasatan polis dan bukti.

"Dalam kes ini, siasatan polis boleh digambarkan sebagai cuai pada tahap terbaik dan berniat jahat pada tahap paling teruk," katanya.

Keputusan menggugurkan kes terhadap Ali mencetuskan bantahan ahli politik pembangkang dan masyarakat awam yang menuntut kajian semula atau penjelasan mengenai perkara itu.

Mereka juga menimbulkan kebimbangan mengenai pendakwaan terpilih di mana pada masa lalu, individu seperti Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang menuduh orang Cina di Kuala Kedah membakar Al-Quran pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang menyeru Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah "Allah" dibakar, tidak didakwa kerana menghasut.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.