Followers

Saturday, November 21, 2015

Banjir kilat : Kerajaan Selangor tidak serius FMT Reporters


noh-omar_azmin-ali_600

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri membidas Azmin kerana mengutamakan kecantikan pintu gerbang Kota Darul Ehsan berbanding menyelesaikan masalah banjir kilat

PETALING JAYA: Ketidakprihatinan kerajaan negeri Selangor terhadap masalah rakyat dikatakan menjadi punca banjir kilat di negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa peruntukan yang besar telah digunakan untuk tujuan lain, bukannya mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 9.7 juta hanya untuk ‘mencantikkan’ pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Jelas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, sepatutnya Azmin perlu menyimpan peruntukan tersebut dan digunakan pada perkara yang lebih penting.

“Sepatutnya duit itu perlu disimpan dulu bagi mengatasi masalah banjir, cari kenapa berlaku banjir kilat, puncanya di mana, ini yang perlu diselesaikan dulu, bukan pintu gerbang,” katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.

Tambahnya lagi, ia berbeza dengan pendekatan Kerajaan Pusat yang sanggup melabur RM6 juta bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Pelabuhan Klang.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.