Followers

Friday, November 13, 2015

Azmin perli Khalid kerana tak datang DUN tapi ‘tweet’ - Faiz Zainudin

Azmin juga menyalahkan media kerana melaporkan berita tidak benar bahawa kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan tarif air selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya. 

azmin-ali,khalid-ibrahim 

SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menulis ‘tweet’ tidak tepat berhubung isu kenaikan tarif di Selangor.

Katanya, Khalid sepatutnya datang Sidang Dewan Negeri Selangor bukan hanya tahu ‘tweet’ 
 menyebabkan media melaporkan berita tidak betul.
“Sebentar tadi dia (Khalid) tweet. 

Tidak perlu tweet sebab dia ADUN, datang (sidang DUN), kalau tweet panjang saya nak kena jawab. Duduk dalam Dewan sebab kerusi ada, kalau tidak mahu kerusi beritahu.

“Dia tweet tidak ada rasional munasabah untuk naikkan tarif air Selangor. bila dia tweet, TV3 ikut, kita ikut benda yang baik, yang tak baik jangan ikut,” katanya semasa sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, beliau kesal kerana ada media yang tidak bertanggungjawab melaporkan seolah-olah kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air bagi merosakkan imej kerajaan negeri.

“Saya kecewa kerana ada pihak media yang tidak bertanggungjawab yang telah melaporkan seolah-olah kerjaan negeri bersetuju menaikkan tarif air, ini satu pembohongan, fitnah dan saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media khususnya TV3 sekiranya mereka terus membuat pembohongan ini,” katanya.

Katanya, apa yang beliau bentangkan pada Rabu ialah Kerajaan Selangor akan memastikan sebarang kenaikkan tarif air tidak akan membebankan rakyat bukannya bersetuju menaikkan tarif seperti yang disebarkan media.

“Untuk memastikan sebarang kenaikan tarif air tak akan membebankan pengguna dan rakyat Selangor.. di mana saya sebut bahawa kerajaan negeri telah setuju naikkan tarif air? Ini satu pembohongan,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.