Followers

Thursday, November 12, 2015

Amanah sokong penuh Azmin Faiz Zainudin


amanahIni bermakna Amanah menerima keputusan Azmin Ali mengekalkan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang memimpin kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan Pas.


Perkara itu itu dinyatakan oleh pimpinan Amanah ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Azmin di SUK pada Khamis, yang diketuai Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Menteri Besar menghargai sokongan bulat parti Amanah yang dinyatakan dengan jelas oleh Presiden Amanah dalam pertemuan ini,” kata Setiausaha politik Azmin, Shuhaimi Shafie.

Katanya, pertemuan khas antara Menteri Besar dan pemimpin Amanah pada Khamis hanya membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14 ) bukannya hala tuju pentabiran kerajaan Selangor.

Pertemuan lebih satu jam itu, turut dihadiri Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengarah Strateginya, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Komunikasi, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Sebelum ini media melaporkan, pertemuan Azmin dan Amanah adalah bagi membincangkan hala tuju kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan susulan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).

Azmin mendapat tekanan hebat kerana enggan memecat Exco Pas dalam pentadbiran negeri selepas PR tidak wujud lagi dan enggan menerima Pakatan Harapan di Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini membuktikan pimpinan DAP dan PKR terpaksa menerima keputusan Azmin untuk mengekalkan Pas dan menolak Pakatan Harapan di negeri itu.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.