Followers

Friday, October 30, 2015

YB Rafizi minta MP Umno betulkan fakta, kos hospital UiTM RM8.2 bilion

Zar Ali's photo.

KUALA LUMPUR 29 Oktober- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Ahli2 Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim menyemak semula fakta berhubung kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. 

Rafizi berkata, Irmohizam sepatutnya memeriksa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang hanya akan memalukan diri sendiri. Ia berikutan jawapan Irmohizam bahawa kos pembinaan hospital itu yang hanya berharga RM800 juta. 

“Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini menyatakan bahawa kos pembinaan hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam hanyalah RM800 juta dan bukannya RM8.2 bilion. 

rafizi.uitm_ 

“Saya ingin nasihatkan dia (Irmohizan) agar memeriksa dan analisa dokumen pembinaan itu seperti apa yang saya lihat agar tidak memalukan diri sendiri. 

“Saya tidak akan mendedahkan skandal ini jika saya tidak melihat dokumen
berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Khamis. 


Tambah Rafizi yang juga Setiusaha Agung KEADILAN, sekiranya kos pembinaan itu hanyalah RM800 juta seperti yang didakwa, beliau mencabar agar Irmohizam mendapatkan kertas cadangan mengenai projek itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

“Ia bagi mendedahkan kertas-kertas cadangan dan perincian konsesi yang telah dikemukakan kepada UiTM setakat ini kepada orang ramai supaya kos sebenar konsesi dapat dinilai,” ujarnya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.