Followers

Tuesday, October 20, 2015

Undi tak percaya: Najib hanya senyum



Undi tak percaya: Najib hanya senyumKUALA LUMPUR -‎ Penantian pemberita selama hampir 45 minit di pintu keluar utama Dewan Rakyat hari ini nampaknya hanya sia-sia apabila persoalan yang diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dibalas dengan senyuman.

Ketika berasak-asak kedengaran suara wartawan bertanyakan kepada Najib sama ada beliau bimbang dengan undi tidak percaya ke atasnya yang menjadi perdebatan hebat mutakhir ini. 

"Datuk Seri risau tak dengan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri?," soal wakil media dalam suasana yang kelam-kabut. 

Namun Najib terus berlalu pergi dan menjawab persoalan itu dengan senyuman.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang keluar lebih awal juga enggan mengulas sebarang pertanyaan media apabila ketika ditanya apakah pendirian Pas terhadap undi tidak percaya kepada Najib. 

Sementara itu, pembukaan sidang Parlimen bagi mesyuarat ketiga penggal yang ketiga bermula hari ini memperlihatkan suasana agak kecoh.


Pelbagai perubahan dilakukan pihak Parlimen memberikan kesulitan kepada petugas media untuk mendapatkan tempat duduk. 

Penambahan ruang sidang media bagi menteri dan ahli parlimen serta pengurangan kerusi dan meja bagi petugas media menyebabkan ada sesetengah pemberita terpaksa duduk di atas lantai.-SH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.