Followers

Thursday, October 29, 2015

Umno parti yang kuat kerana displin, kata Rahman Dahlan OLEH DIYANA IBRAHIM


Pengarah Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan kata Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya.

Pengarah Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan kata Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya.

Umno merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh kerana ia tidak pernah berkompromi soal displin membabitkan anggotanya, kata Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, faktor displin tersebut membantu menjadikan parti itu sebuah parti pemerintah yang lama bertahan sehingga kini.

"Apa yang saya tahu, semua mesti tahu dan akur dalam soal displin. Anda boleh mempunyai pandangan berbeza, namun mesti menggunakan tempat sesuai untuk menerangkan keadaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Rahman berkata demikian apabila ditanya adakah wajar Umno mengambil tindakan terhadap ahlinya yang mengkritik parti secara terbuka, khususnya merujuk kepada kes 7 orang yang disahkan setiausaha agung parti sedang disiasat lembaga disiplin.

Tanpa menyatakannya dengan jelas, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, ada sesetengah kes di mana ahli Umno boleh dirujuk ke lembaga displin.

"Kalau kita melihat dari sudut displin, saya percaya ada alasan untuk membawa beberapa orang (ke lembaga disiplin) untuk dihakimi berhubung melanggar tata cara displin," katanya.

Pada masa sama, beliau tetap yakin, kerajaan BN dapat mengekalkan kemenangannya dalam pilihan raya akan datang.

"Kita amat yakin, kalau tidak kita tidak akan berada di sini. Kita amat yakin dapat kekalkan kemenangan. Kita ada tempoh 2 tahun dan Bajet 2016 membantu kita.

"Rancangan Malaysia ke-11 merupakan dasar terbaik, kerana kita punyai banyak perkara baik yang boleh dibincangkan mengenai negara dan rakyat," kata Rahman. – 28 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.