Followers

Tuesday, October 27, 2015

Tolak usul gantung Kit Siang bukan bermakna PAS sokong Pakatan Harapan OLEH DIYANA IBRAHIM


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan ekoran sokongan menolak penggantungan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, sebaliknya ia hanyalah tanda solidariti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan ekoran sokongan menolak penggantungan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, sebaliknya ia hanyalah tanda solidariti. – 

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan ekoran sokongan menolak penggantungan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat, sebaliknya ia hanyalah tanda solidariti. – 

PAS hari ini menafikan kesediaan parti Islam itu untuk menyertai Pakatan Harapan susulan sokongan mereka menolak penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menolak usul penggantungan pemimpin DAP itu tidak harus dilihat sebagai isyarat penyatuan antara parti Islam itu dan Pakatan Harapan.

"Tidak akan ada selepas ini (PAS dan Pakatan Harapan). Ini tidak bermaksud (sokongan tolak usul gantung) akan ada penyatuan antara PAS dan Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini.

Katanya tindakan 3 ahli Parlimen PAS menyokong usul menolak penggantungan Lim hanyalah tanda solidariti parti Islam itu kepada pembangkang.

"Sikap kita adalah solidariti sebagai ahli Parlimen pembangkang. Kita menolak walaupun kita ada kritik Lim yang bagi kita amat kasar terhadap speaker dalam menyatakan pendirian.

"Kita tidak suka suasana keras dalam dewan, tapi dalam penggantungan itu adalah tidak adil bagi beliau, Lim bangkitkan perkara yang benar, tapi kita memang tidak setuju dengan cara perbahasan," katanya.

DAP dan PAS sebelum ini bergaduh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

Pertelagahan PAS dengan DAP bermula isu hudud hingga krisis menteri besar Selangor sehingga PR berkubur.

Peranan parti Islam itu diganti dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam gabungan pembangkang baharu namun PKR tegas mahu PAS menyertai Pakatan Harapan.

Pada masa sama ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menasihati anggota Dewan Rakyat supaya menghormati speaker kerana ia selaras dengan reformasi institusi itu.

"Saya menyokong reformasi Parlimen, sebagai ahli Parlimen kita perlu hormat speaker. Jangan jadikan speaker seperti 'punching bag," katanya. – 26 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.