Followers

Monday, October 19, 2015

'Tol naik, apa Azmin buat?' soal Pemuda Umno


'Tol naik, apa Azmin buat?' soal Pemuda UmnoAMPANG - Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan.

"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat? 

"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu.Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat.

"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. 

Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja."Tak ada hal punya. 

Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok.

ss

"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya.Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.-SH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.