Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.
"SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial," katanya dalam catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan khusus.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.