"Saya adalah orang yang terawal menulis memberi amaran tentang adanya gerakan menjatuhkan husam dan menulis amaran tentang PAS bakal menuju kehancuran, iaitu sejak tahun 2009.
Saya penah menerima email dari orang kuat PAS, menuduh saya talibarut UMNO kerana menulis tentang kehancuran PAS, tetapi setahun kemudian orang yang sama menghantar email memohon maaf tersalah tuduh dan mengesahkan ternyata apa yang saya tuliskan adalah benar. Kemudian dari sehari ke sehari, sisi buruk dan jijik sesetengah pemimpin PAS mula nampak nyata dan makin membarah.
Sebenarnya hati rasa sayu dan rasa seperti tertinggal sesuatu, bila terbaca kenyataan Husam, bahawa dia sebolehnya akan kekal di dalam PAS sehingga mati. Saya percaya tentu ramai penulis penulis lain yang berperasaan sama seperti saya. Saban hari kami menulis tanpa menerima apa apa upah.
Menulis dengan niat ingin membetulkan sesuatu yang pincang, mengikut cara kami dan semampu kekuatan yang kami ada. Ketika PAS masih berada di landasannya (mengikut tafsiran kami), kami cuba berjuang dengan cara kami tanpa ada penghargaan dari sesiapapun, membantu PAS mengembangkan sayap ke serata malaysia.
Malah tanpa ada sesiapa mengenali siapakah kami sebenarnya. Di kalangan kami para penulis, Husam adalah satu susuk tubuh yang punya karaktor tersendiri, daya intelektualnya terserlah dan tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan. Yang paling kami rasa hormat adalah, ia seolah olah telah berjaya menjadi 'copy paste' Tok Guru Nik Aziz.
Seolah olah jika perbandingannya, jika Rasuulllah saw ada Saidina Abu Bakar ra di sisi, maka TGNA pula ada husam di sisi. Husamlah yang menjadi galang ganti kepada TGNA. Menyelesaikan masalah masalah rumit negeri kelantan, kerana pada ketika itu semua senjata musuh tertala ke satu negeri yang mula mula ingin martabatkan Islam.
Seperti kata husam sendiri, jika 'bayi islam lahir, husam adalah bidannya'..gambaran tentang dia sendiri adalah orang awal yang menyambut kelahiran negeri islam kelantan maka sudah pastilah sayangnya agak lebih kepada negeri kelantan di bawah PAS. Mungkin kerana itu dia memilih untuk kekal di dalam PAS sehingga mati. Husam sayang PAS, husam sayang Islam.
Kami penulis penulis pun sayang PAS, kamipun sayang Islam. Tetapi kami membezakan antara PAS dan Islam. Kami memisahkan yang mana satu jalur sayang Islam yang mana satu jalur sayang PAS. Jika ada seseorang membuat sesuatu fitnah, tetapi dalam masa yang sama dia menyatakan itu adalah Islam, maka kami tentang. Jika ada seseorang yang menggunakan nama "Islam' tetapi memberi sisi buruk terhadap Islam, pedang kami adalah pena.
Pena kami akan memancung mereka. Kami menulis biarpun kami dibenci. Sayang kami terhadap Islam melebihi sayang kami terhadap PAS. Kembangkanlah Islam.
Kami sokong. Kerana Islam menyebarkan kebaikan tetapi bila sesiapa sahaja cuba merosakkan imej Islam, kami bangkit dengan pena kami. Maka di sini husam dan kami telah mula berbeza jalan. Pada pandangan kami, sayangnya Husam terhadap PAS dan kekal di dalamnya...bakal memusnahkan husam, malah juga bakal memusnahkan PAS dan membawa kepada jatuhnya Islam dibumi kelantan.
Kerana husam hanyalah seekor biri biri yang sedang di kelilingi oleh sekawan serigala. Kaki husam pun makanan mereka, kepala husam pun makanan mereka. Mungkin niat membaiki dan mempertahankan dari dalam, hanya masa yang akan memakan diri husam.
Kami hormat keputusan husam yang rela tidak menjadi ADUN pada PRU akan datang jika tidak dipilih. Konon, mungkin, tidak mahu diangggap sebagai pemangkin kepada perpecahan PAS.
Husam rela menjadi lilin terbakar dengan niat menerangi orang lain. Tetapi bagi kami dengan membiar dirinya terbakar, sebenarnya akan menghanguskan keseluruhan kerajaan Islam nanti. Jika Malaysia ada Najib yang mengikis harta negara, apa kurangnya kelantan?
Kelantan ada 'iblis berkopiah' yang sedang melahap harta rakyat. Mereka sekarang adalah orang penting di dalam kerajaan negeri. Mereka mencatur harta negari sebebasnya. Negeri kelantan sekarang semakin miskin tetapi mereka semakin kaya. Kami tahu, cara dan strategi licik mereka.
Tiap harta negeri yang dirompak, akan ada bahagian untuk parti, maka kerana itulah ianya terpendam senyap. Tidak ada bangkangan. Ia seolah iolah halal di sisi Islam kerana adanya sumbangan untuk 'parti islam' Kami sangat percaya husam sedar dan sangat mengerti tentang kisah yang berligar seperti ini di negeri kelantan sekarang.
Mungkin juga husam berniat ingin membaikinya dari dalam. Terserahlah. Itu keputusan yang patut kami hormati. Tetapi kami percaya seekor biri biri tidak akan mampu melawan sekawan serigala yang sedang lapar.
Bagi kami, dari pada mati menyerah, lebih baik mati melawan. Pandanglah dan tolehlah ke tepi. Lihatlah wajah wajah sahabat lamamu seperti khalid samad, mat sabu, salahudin ayub dan ramai lagi. Mereka juga seperti kamu pada awalnya. Ingin membaiki dari dalam. Tetapi titik noktahnya ada.
Mereka sedar keadaan sudah tidak mungkin dibaiki lagi dari dalam. Merekapun seperti kamu, sayang PAS dan sayang Islam. Tetapi dalam dada mereka ada sekeping hati yang berbeza dari kamu. Mereka rela dituduh pengkhianat. Mereka rela diumpat dikeji. Mereka memilih jalan onak dan duri. Kerana lorong lorong lama sudah penuh najis.
Lorong lorong lama sudah terpalit noda. Kewajpan mereka ingin mengembalikan kembali jalan yang sebetulnya dan caranya membetul jalan adalah dari luar. Renunglah kembali sejarah Islam Dalam liipatan sejarah Islam, ramai yang kenal dan sangat membenci nama Mustafa Kamal Attartuk. Tetapi tidak ramai yang membongkar sebab sebab jatuhnya empayar Islam Uthmaniah. Sejarahnya hampir sama. Adanya sekawan serigala di dalam pemerintahan Islam.
Isteri dan anak menantu masuk campur dalam 'amanah yang diserahkan oleh ALLAH swt'. Lebai lebai mereka pada masa itu juga tamakkan harta dunia. Kara Mustafa yang banyak berjasa kepada Sultan Murad disingkir oleh wazir wazir serigala, urusan pemerintahan Sultan Salim 2 diserahkan kepada MUhamad Pasya Secili dan macam macam peristiwa, yang keadaannya sama juga berlaku seperti sekarang.
Sebab sebab runtuhnya kekuatan sebuah kerajaan Islam adalah sama faktornya dari dahulu sampai sekarang, iaitu adanya wazir wazir yang berhati serigala, wazir yang berserban tetapi berhati syaitan. Malah yang anehnya, pada saat saat terakhir sebelum kejatuhan Uthmaniah, perisik britain, Lawrence of Arabia mula menyuburkan semangat nasionalisme. (dalam PAS pun ada pensyarah universiti menyusup masuk menyuburkan fahaman melayuisme atau Islam terancam).
Semua zaman hampir sama faktornya yang menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan Islam. Maka sedarlah kami kenapa sahabat sahabat husam memilih jalan berbeza.
Mereka tidak lagi ingin mengulangi sejarah lama, membiarkan wazir wazir menggunakan nama Islam untuk memuaskan nafsu tamak haloba mereka, tidak! Maka terpisahlah kita sekarang.
Betapa kami sayang kamu, hormati kamu, hargai kamu tetapi kita telah berbeza jalan. Kami takut, andai kami melengahkan waktu barang sesaat, maka nanti akan muncul MUSTAFA KAMAL ATTARTUK VERSI MODEN.
Hanya sebaik baik ayat yang yang dapat kami ucapkan kepada kamu ialah.........SELAMAT TINGGAL HUSAM
Oleh ramziredang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.