Followers

Thursday, October 22, 2015

Polis Buka 3 Kertas Siasatan Terhadap Dr Mahathir?? - Posted by Kita Bantai

 Dr Mahathir
Pihak Polis Di Raja Malaysia hari ini dilaporkan telah membuka tiga kertas siasatan terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menghasut berdasarkan beberapa laporan polis.

Siasatan mengikut Seksyen 500 kanun Keseksaan adalah berikutan dua laporan polis yang diterima di Klang dan satu lagi di balai Jinjang.


Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, laporan polis Jinjang yang dibuat ke atas Dr Mahathir telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya pada 9 Oktober untuk ulasan dan arahan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan,” katanya di petik Malaysiakini.

Zahid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai hasil siasatan polis terhadap Dr Mahathir, usaha-usaha yang semakin agresif untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Najib dilihat enggan berganjak, walaupun serangan tidak berhenti-henti, dan penganalisis telah mengatakan bahawa Mahathir tidak mempunya berkuasa untuk mendesak Najib.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata Mahathir disiasat kerana menuduh Umno melakukan rasuah semasa beliau hadir di perhimpuan Bersih 4 beru-baru ini.

Bagaimanapun, polis masih belum menyoal Mahathir, dan Khalid berkata tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. 



sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.