HALAMAN HIBUR AN
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci (gambar) dilaporkan menerima padah gara-gara terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rakaman video, baru-baru ini.
Memetik sebuah portal blog hiburan, penaja utama konsert pertama penyanyi keturunan Tionghua itu dilaporkan telah mengumumkan menarik diri dan menyebabkan konsert yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan kritikal.
Penarikan diri penaja itu dipercayai ada kaitan dengan saranannya supaya Najib berundur walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam artikel itu. Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO.
Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu. Dia sebelum ini sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu.
”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”
”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” kata Soo Winci selepas rakaman videonya tersebar. (FMT)
Komen: Sekilas mengenai Soo Wincci.
Dikatakan penyanyi Soo Wincci telah berpuasa secara Islam. Oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam.
Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan ada kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.
“Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.
“Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.
Semoga dia tetap tidak berganjak dalam memperjuang kebenaran dan keadilan, dan meneruskan berkenalan dengan Islam. Moga-moga Allah SWT membuka pintu taufik dan hidayah kepada beliau. Amin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.