Followers

Tuesday, October 27, 2015

Pemimpin & Ahli PAS Sabah Sertai Amanah


Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah
Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.

Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.

“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama.

Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah.

Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi. -FMT



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.