Followers

Wednesday, October 21, 2015

Pelajar Berjaya Lolos Dari "Van Putih" Posted by Kita Bantai

\
Gambar Hiasan

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah agama di sini mendakwa dia nyaris diculik oleh tiga lelaki di hadapan sekolahnya kira-kira jam 4.15 petang pada Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zuir Md Isa, mangsa yang berusia 13 tahun berkata, dia ditarik oleh dua lelaki masuk ke dalam sebuah van putih yang dipandu oleh seorang lagi suspek.

"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.  

"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya memetik laporan Sinar Online.

Selain itu, sewaktu ditangkap, mangsa juga berkata dia tidak diugut atau dicederakan oleh suspek namun suspek ada memberitahunya dia akan dibawa ke Thailand.

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa. - Kredit

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.