"Raja Muda perlu memfailkan saman di mahkamah," katanya, kepada The Malaysian Insider.Syahredzan, yang juga anggota Majlis Peguam berkata, pihaknya menentang penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk menghukum pesalah.
"Akta itu tidak harus digunakan terhadap Rahim kerana saya merupakan salah seorang yang mahukan akta itu dimansuhkan. Biarkan mereka selesaikannya secara peribadi," katanya.


Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata, walaupun Rahim berulang kali memohon maaf kepada istana, perbuatannya yang melanggar tatasusila itu tidak bertanggungjawab dan mengandungi unsur fitnah.
"Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan Rahim, Dewan Diraja Selangor berpendapat dan merumuskan kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor," katanya.
Syahredzan berkata, permohonan maaf itu hanyalah faktor kelegaan yang digunakan Rahim sekiranya beliau disaman.Laporan The Star menyebut Rahim sudah membuat permohonan maaf sebanyak 3 kali selepas posting di laman sosial miliknya sejak 4 hari lalu.-TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.