Followers

Sunday, October 25, 2015

Pecahan Undi PAS & DAP Akan Beri Kelebihan Kepada BN Pada PRU 14 ?

 
Hu mencabar golongan cakap besar Pecahan undi Pas, DAP beri kelebihan pada BN pada PRU-14, kata penganalisis politik TRP

Perpecahan antara Pas dan DAP dilihat akan memberi kelebihan kepada BN dalam merebut kerusi pada PRU akan datang.

KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Sebelum bertanding dengan DAP, Pas perlu meletakkan calon dari kalangan pemimpin tertingginya di luar ruang selesa, kata bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow.

Hu berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden parti Islam itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam di mana Amar dilaporkan berkata, Pas telah mengenal pasti beberapa calon berpotensi daripada DHPP untuk bertanding dengan DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Adakah beliau bersedia memberi contoh dengan meninggalkan Kelantan dan bertanding di tempat lain? Untuk meletakkan calon di kubu kuat DAP, pimpinan Pas sepatutnya melakukan perkara yang sama.

“Mereka sebenarnya yang menetang DAP, jadi kenapa tidak letakkan Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk bertanding menentang Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng di Pulau Pinang?” soalnya.

Mengulas lanjut kepada The Rakyat Post, Hu meminta ahli Pas dan DHPP untuk ‘bangun dan menyedari hakikat’ situasi politik negara.

“Rakyat mahu kebajikan mereka diambil berat dan Pas masih belum mampu berbuat demikian di Kelantan, jadi tiada persoalan sama ada mereka mahu meletakkan DHPP menentang DAP.

Mereka tidak akan berjaya,” katanya. Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Pas memutuskan untuk meneruskan rancangan mereka,

Barisan Nasional (BN) akan meletakkan pendiriannya untuk memenangi kerusi di mana terdapat pecahan undi antara Pas dan DAP.

“Melihat kepada trend pada dua PRU sebelum ini, calon DHPP Pas tidak pernah menang mana-mana kerusi dan perkara yang sama akan berlaku pada PRU akan datang.

“Bagaimanapun, akan berlaku pecah undi yang memberi kelebihan kepada BN di mana penyokong mereka tetap akan memilih parti itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik, Datuk Dr Agus Yusof turut senada dengan Azizuddin dan berkata, meletakkan ahli DHPP menentang DAP juga tidak memberi laluan mudah kepada Pas untuk merampas kerusi, namun ia tidak mustahil.

Secara logiknya, sukar untuk Pas memenangi kerusi dengan DAP, namun ia tidak mustahil terutamanya sekiranya Pas memastikan calonnya bekerjasama dengan Umno atau BN,” katanya.


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.