Followers

Friday, October 23, 2015

Pandan jadi pondan, Rafizi ingatkan Annuar berkelakuan usianya


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan diheret dalam kancah pertikaman lidah dengan pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berhubung sindiran bahawa ahli parlimen Pandan itu “juga lakukan 'benda' itu?”

Menurut Rafizi, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya datang daripada seorang yang berusia seperti Annuar."Dalam Dewan, setiap kali beliau bangkit mahu berbahas dengan saya, beliau akan menyebut pondan dan bukannya Pandan.

"Pendirian saya sentiasa konsisten. Annuar (yang juga Ahli Parlimen Ketereh) seusia dengan ayah saya. Beliau berusia hampir sama dengan bapa saya, jadi beliau harus berkelakuan seperti usianya."Saya tidak mahu membuat serangan seumpama itu dan merendahkan diri saya sepertinya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

xx
 
Awal hari ini, Annuar mengadakan sidang akhbar sambil membantah tindakan Rafizi kerana menuduh seorang eksekutif pelaburan MARA bersubahat dalam skandal majlis hartanah Australia.Katanya, hanya kerana eksekutif itu ada kaitan dengan syarikat yang terlibat sebelum menyertai MARA, ia tidak bermakna beliau bersalah."Contohnya, ada seorang dalam PKR disabitkan kesalahan homoseksual.


"Boleh ke kata YB Pandan (Rafizi) lakukan jugak benda itu ‘by association’?" soal Annuar.Bagaimanapun, Rafizi menafikan bahawa beliau mendakwa eksekutif itu bersalah kerana pembabitannya."Saya berkata, ada konflik kepentingan, kerana syarikat yang disertainya sebelum itu kemudiannya menjual hartanah pada harga yang tinggi kepada MARA,” katanya.-Mkini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.