Followers

Tuesday, October 27, 2015

Najib, Rosmah perlu lalui perbicaraan untuk menang saman fitnah, kata peguam OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Penghakiman mahkamah tidak mungkin akan menyebelahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming tanpa melalui perbicaraan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.

Penghakiman mahkamah tidak mungkin akan menyebelahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming tanpa melalui perbicaraan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mungkin tidak mendapat penghakiman tanpa perlu melalui perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kata peguam sivil.

Mereka berkata terdapat banyak pertikaian undang-undang dan fakta yang perlu dibentangkan di hadapan hakim perbicaraan sebelum penghakiman diperoleh.

Peguam berkata, saksi-saksi daripada kedua-dua pihak perlu disoal, soal balas dan soal semula.

Peguam S.N. Nair berkata, bagi saman fitnah ia adalah sangat tidak mungkin plaintif mendapat penghakiman tanpa perbicaraan kerana akan ada isu-isu yang perlu didengar di hadapan mahkamah.

"Mencadangkan perdana menteri dan isteri boleh mendapatkan penghakiman yang memihak kepada mereka tanpa memanggil saksi untuk memberi keterangan adalah tidak efektif," kata Nair.

Beliau mengulas permohonan saman fitnah Najib dan Rosmah terhadap Nga yang akan diputuskan berhubung isu-isu undang-undang dan tanpa memerlukan perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid akan mendengar permohonan itu pada 14 Mac.

Pada hari sama, mahkamah akan mendengar permohonan Nga untuk membatalkan saman pasangan itu.

Nair berkata, dalam saman fitnah, plaintif yang akan dibicarakan.

"Najib dan Rosmah akan tertakluk kepada soal balas dan butir-butir keterangan mereka akan dimaklumkan kepada orang ramai," katanya.

Pada 11 Jun, Najib dan Rosmah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Nga, mendakwa defendan pada 29 Mac memuat naik gambar mereka bersama beberapa menteri dan pegawai-pegawai kanan Wisma Putra dalam akaun Facebooknya, disertai dengan kata-kata menghina.

Plaintif berkata, posting Nga boleh diakses pengguna Internet di seluruh dunia dan memfitnah mereka.

Najib berkata kenyataan Nga bertujuan antara lain, menggambarkan beliau menyalahgunakan kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan diri sendiri atau isterinya.

Sementara itu Rosmah berkata, kenyataan defendan tersirat ialah beliau seorang mementingkan diri sendiri kerana didakwa mempengaruhi suaminya sebagai perdana menteri menyalahgunakan kuasa dan campur tangan dalam sistem pentadbiran negara.

Mereka menuntut pampasan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam T. Gunaseelan berkata Najib dan Rosmah meminta penghakiman terus yang boleh dilakukan bagi kes lain tetapi tidak dalam kes fitnah.

"Penghakiman seperti itu diberikan apabila defendan memfailkan pembelaan yang hampir seperti pengakuan atau tidak mendedahkan apa-apa pembelaan kepada saman itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ia boleh memfailkan permohonan membatalkan pembelaan Nga di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 jika ia adalah skandal atau tidak mendedahkan apa-apa pembelaan. – 26 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Najib, Rosmah perlu lalui perbicaraan untuk menang saman fitnah, kata peguam

Penghakiman mahkamah tidak mungkin akan menyebelahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming tanpa melalui perbicaraan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.Penghakiman mahkamah tidak mungkin akan menyebelahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming tanpa melalui perbicaraan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mungkin tidak mendapat penghakiman tanpa perlu melalui perbicaraan dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kata peguam sivil. Mereka berkata terdapat banyak pertikaian undang-undang dan fakta yang perlu dibentangkan di hadapan hakim perbicaraan sebelum penghakiman diperoleh.
Peguam berkata, saksi-saksi daripada kedua-dua pihak perlu disoal, soal balas dan soal semula.

Peguam S.N. Nair berkata, bagi saman fitnah ia adalah sangat tidak mungkin plaintif mendapat penghakiman tanpa perbicaraan kerana akan ada isu-isu yang perlu didengar di hadapan mahkamah. "Mencadangkan perdana menteri dan isteri boleh mendapatkan penghakiman yang memihak kepada mereka tanpa memanggil saksi untuk memberi keterangan adalah tidak efektif," kata Nair.
Beliau mengulas permohonan saman fitnah Najib dan Rosmah terhadap Nga yang akan diputuskan berhubung isu-isu undang-undang dan tanpa memerlukan perbicaraan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid akan mendengar permohonan itu pada 14 Mac.
Pada hari sama, mahkamah akan mendengar permohonan Nga untuk membatalkan saman pasangan itu.
Nair berkata, dalam saman fitnah, plaintif yang akan dibicarakan.
"Najib dan Rosmah akan tertakluk kepada soal balas dan butir-butir keterangan mereka akan dimaklumkan kepada orang ramai," katanya.
Pada 11 Jun, Najib dan Rosmah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Nga, mendakwa defendan pada 29 Mac memuat naik gambar mereka bersama beberapa menteri dan pegawai-pegawai kanan Wisma Putra dalam akaun Facebooknya, disertai dengan kata-kata menghina.
Plaintif berkata, posting Nga boleh diakses pengguna Internet di seluruh dunia dan memfitnah mereka.
Najib berkata kenyataan Nga bertujuan antara lain, menggambarkan beliau menyalahgunakan kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan diri sendiri atau isterinya.
Sementara itu Rosmah berkata, kenyataan defendan tersirat ialah beliau seorang mementingkan diri sendiri kerana didakwa mempengaruhi suaminya sebagai perdana menteri menyalahgunakan kuasa dan campur tangan dalam sistem pentadbiran negara.
Mereka menuntut pampasan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, peguam T. Gunaseelan berkata Najib dan Rosmah meminta penghakiman terus yang boleh dilakukan bagi kes lain tetapi tidak dalam kes fitnah.
"Penghakiman seperti itu diberikan apabila defendan memfailkan pembelaan yang hampir seperti pengakuan atau tidak mendedahkan apa-apa pembelaan kepada saman itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata ia boleh memfailkan permohonan membatalkan pembelaan Nga di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 jika ia adalah skandal atau tidak mendedahkan apa-apa pembelaan. – 26 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-rosmah-perlu-lalui-perbicaraan-untuk-menang-saman-fitnah-kata-peguam#sthash.1NYxiUel.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.