Followers

Sunday, October 11, 2015

Najib ke Indonesia esok untuk lawatan kerja 2 hari


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra malam ini, Najib akan mengadakan rundingan dua hala dengan Presiden Joko Widodo untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam membangunkan industri sawit.

"Lawatan ini akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam membangunkan industri mampan kelapa sawit," menurut kenyataan itu.

Ia berkata kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu berkaitan kerjasama dalam bidang alam sekitar.

Wisma Putra berkata kunjungan Najib ke Indonesia kali ini merupakan susulan daripada dua mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia dan Indonesia pada 27 Ogos di Kuala Lumpur dan 3 Oktober di Jakarta.

Dalam lawatan itu, Najib akan disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan. – Bernama, 11 Oktober, 2015



.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib ke Indonesia esok untuk lawatan kerja 2 hari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan kerja 2 hari ke Indonesia, bermula esok. Menurut kenyataan Wisma Putra malam ini, Najib akan mengadakan rundingan dua hala dengan Presiden Joko Widodo untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam membangunkan industri sawit.
"Lawatan ini akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam membangunkan industri mampan kelapa sawit," menurut kenyataan itu.

Ia berkata kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu berkaitan kerjasama dalam bidang alam sekitar. Wisma Putra berkata kunjungan Najib ke Indonesia kali ini merupakan susulan daripada dua mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia dan Indonesia pada 27 Ogos di Kuala Lumpur dan 3 Oktober di Jakarta.
Dalam lawatan itu, Najib akan disertai isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan. – Bernama, 11 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-ke-indonesia-esok-untuk-lawatan-kerja-2-hari#sthash.u6ryYaEt.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.