Followers

Monday, October 5, 2015

Menteri dakwa cara Malaysia lindungi rakyat sama seperti Singapura OLEH YASMIN RAMLAN


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura. –

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura. –

Malaysia melindungi rakyat dalam isu jerebu sama seperti Singapura, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura.

“Kita boleh menukarnya pada bila-bila masa sahaja, tetapi terdapat beberapa perkara yang kerajaan perlu lakukan sebelum konsesi baharu dilaksanakan atau digunakan.

“Tetapi kaedah penggunaan bacaannya dan cara melindungi rakyat kita sama sebenarnya dengan yang terjadi di Singapura,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Perdana Putra, di Kuala Lumpur hari ini.

Melalui kenyataannya itu, beliau turut merujuk tahap IPU yang ditetapkan Singapura dengan Malaysia untuk menutup sekolah.

“Bacaan kita, sejurus selepas mencapai 100 – tidak sihat, setibanya pada 150, kemudian kita akan lakukan pembenihan awan. Sampai 200 kita minta sekolah ditutup.

“Singapura tunggu sampai 300 baru sekolah ditutupkan,” katanya.

Semalam Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan di arah tutup 2 hari bermula semalam berikutan jerebu yang semakin buruk di negeri berkenaan.

"Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di Semenanjung Malaysia dan berpotensi untuk terus meningkat, kementerian membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali Kelantan selama 2 hari mulai esok," katanya. – 5 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.