Followers

Thursday, October 22, 2015

Mana sijil sakit Gani, soal Mahathir


Penamatan awal tugas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dibuat ketika pasukan petugas khas empat badan berprofil tinggi menyiasat isu berkaitan 1MDB dan kemasukan wang ke akaun peribadi perdana menteri.

Masalah kesihatan Gani dijadikan alasan rasmi.

Bagaimanapun perkara itu gagal meyakinkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang juga pengkritik lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.

“AG dikatakan sakit, tetapi dia nafikan sakit.

“Setakat yang diketahui, nampaknya tiada sijil sakit menyatakan beliau sakit dikeluarkan,” kata Mahathir.
Perkhidmatan Gani sebagai peguam negara tamat pada 28 Julai lalu dan digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan beliau ditamatkan atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Gani.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir juga mendakwa Najib “merampas kuasa kehakiman” susulan penyingkiran Gani ketika beliau sedang menyediakan kes untuk ke mahkamah.

Beliau justeru berkata Najib gagal menunjukkan rasa hormat kepada prinsip pemisahan kuasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.