Followers

Friday, October 30, 2015

KES SRC INTERNATIONAL" 3 INDIVIDU DIMINTA HUBUNGI SPRM !

Pihak Berkuasa Malaysia Di Dakwa Tidak Serius Menjejaki Persalah Yang Membabitkan Kes 1MDB...
Pihak berkuasa tidak bersungguh dalam usaha menjejak 2 eksekutif kanan SRC International Sdn Bhd (SRC International) bagi membantu siasatan terhadap kes membabitkan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dakwa DAP hari ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Md Yasin, maka sepatutnya mereka diletakkan dalam senarai orang dikehendaki Interpol.

Kedua-duanya dikatakan tidak dapat dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu.
SPRM juga sedang menunggu untuk merekodkan kenyataan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Mereka bertiga sedang dijejaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan ke atas wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.