Followers

Tuesday, October 27, 2015

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Nurliyana Abdullah's photo.

KEKADANG di jabatan2 atau agensi kerajaan selalu saja ada ketua menunjuk lagak seolah dia bijak atau yang diarahkannya itu betul dan pantang ditegur.

Paling buruk sang ketua menegur jangan buat itu dan ini, sedangkan dia sendiri melanggar perintah yang ia sendiri perintahkan dan akhirnya menjadi perliaan kalangan orang bawahan.

Kesan sikap2 ini terus berlaku di kalangan kepimpinan sesebuah jabatan/agensi kerajaan termasuk syarikat2 maka Mahathir pernah mencipta slogan “ KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

Kesan slogan ini maknanya yang di atas kena tunjukkan sikap yang berhemah,jujur, telus dan tidak main curi tulang atau diintai2 silap dicuri wang syarikat dan ini bukan saja bertentangan dengan slogan, malah bertentangan dengan hukum2 Islam yang memerintahkan kita ikhlas, telus dan jujur.

Memang seringkali ada ketua hanya tahu mengarah tetapi dia sendiri sebenar mengarah sesuatu yang tidak benar kesan tidak tahu urutan kerja dan tidak tahu masalah sebenarnya.

Kekadang ada ketua bijak bercakap menasihati orang di bawah tetap ia sendiri memperlihatkan contoh yang tidak betul seperti bergayutan di telefon hingga jabatan/agensi kerajaan menanggung beban membayar bil telefon urusan peribadi.

Nah, niat slogan kepimpinan melalui teladan sebenarnya mengarah melahirkan sistem kerja dan mencipta sesuatu organisasi ditadbir secara bersistem ikut SOP.

Mudah2an sesama kita dapat memerhatikan slogan ini dan lakukanlah bermula di rumah sebelum ke halaman kerja.


NURLIYANA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.