Followers

Monday, October 12, 2015

Jika aduan kepada RAJA-RAJA pun buntu...Hanya kepada Allah kita mampu berserah...!!


Zar Ali's photo.

KEPADA SIAPA LAGI RAKYAT HENDAK MENGADU JIKALAU BUKAN KEPADA RAJA

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat ‘bernafas’ lega mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Ahmad yang mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan dengan IMDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dan baginda menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Sebagaimana yang dipetik oleh Bernama, kenyataan itu mengatakan, ‘ penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran….

Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan” Malaysiakini 6 Oktober 2015

Rakyat Malaysia sudah agak lama juga ‘sesak nafas’ mengenangkan nasib yang menimpa rakyat Malaysia berkaitan dengan masalah IMDB dan wang sejumlah RM 2.6 billion ringgit yang terdapat dalam akaun peribadi DS Najib Tun Abdul Razak. Walaupun jawapan telah diberikan bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan, namun jawapan yang diberikan semacam tidak dapat meyakinkan rakyat di negara ini.


KedahLanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.