Followers

Friday, October 30, 2015

G25: Bank Negara boleh bertindak ke atas 1MDB tanpa AG


Kumpulan moderat Melayu G25 berkata Bank Negara boleh bertindak terhadap 1MDB mengikut Seksyen 239 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana kegagalan mematuhi arahan membawa pulang US$1.83 bilion ke Malaysia tanpa melalui peguam negara.

"Benar, kuasa mendakwa, mengikut undang-undang, sentiasa dipegang oleh Peguam Negara.

"Tetapi apabila BNM bertindak mengikut Seksyen 239, BNM tidak mendakwa. Jadi persoalan BNM menjalankan kuasa Peguam Negara tidak timbul.

"Apabila Bank Negara mengambil tindakan mengikut di bawah Seksyen 239, ia mengambil tindakan sivil, bukan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB.

"Keputusan mengenai tindakan jenayah hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Oleh itu, menurut G25, tidak timbul isu bank pusat cuba mengatasi kuasa peguam negara.

"Apabila ia mengambil tindakan sivil terhadap 1MDB mengikut Seksyen 239 kerana tidak mematuhi arahan BNM, ia boleh memohon perintah daripada mahkamah di bawah akta tersebut.

"Misalnya, Bank Negara boleh memohon mahkamah memerintahkan 1MDB membayar US$1.83 bilion atau, sebaliknya, memohon supaya mahkamah memerintahkan 1MDB membayar bank pusat itu sebarang penalti sivil," kata G25 lagi.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.