Followers

Wednesday, October 21, 2015

Fikirkan kedaulatan jangan untung sahaja - Ku Li OLEH RADZUAN HASSAN DI PARLIMEN



 
Adakah mereka juga terfikir begini TPPA:

"Kita boleh untung seringgit dua hari ini tetapi kena fikir kesan terhadap kedaulatan negara?"

Itu pendapat Ahli Parlimen Gua Musang,

Tengku Razaleigh Hamzah mengenai perlaksanaan TPPA di negara ini.

Menurutnya, sebelum diluluskan, soal kedaulatan negara perlu diberi keutamaan selain soal ekonomi, sosial dan politik yang terlibat.

"Apakah kita mahu mengizinkan orang lain campur tangan dalam soal baik daripada segi polisi, undang-undang," jelas veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu.

Mengenai harapannya kepada Bajet 2016, bekas Menteri Kewangan itu mahu kerajaan membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah terutama dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh pada masa ini.

"Sejauhmanakah kejatuhan nilai ringgit beri kesan kepada rakyat bergantung kepada tindak tanduk kerajaan.

"Saya percaya kerajaan sedar atas keyakinan pelabur sama ada luar atau dalam dan rakyat sendiri terhadap dasar-dasar..kalau diperbetulkan itu boleh diringankan sikit beban terutama kepada rakyat berpendapatan rendah," jelasnya.--



MalaysiaGazette Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.