Rasanya perlu juga tulis sebab rasa dah tak tahan dengan apa yang
dilihat sedang berlaku dalam negara Malaysia. Perlu ambil sikap menolak
kemungkaran dan memakmurkan kebaikan. Jadi perlu tulis juga.
Dunia sedang mentertawakan negara kita dengan apa yang sedang berlaku. Media antarabangsa dengan terbuka melaporkan kesemua benda yang tak elok terjadi pada pentadbiran negara kita. Ada ramai kawan yang pergi ke luar negara atas urusan bisnes, terasa macam malu nak bagi tahu dia orang Malaysia.
Kita boleh kata, media barat memang sengaja nak pekena supaya negara kita jatuh. Sebab negara kita adalah negara Islam (begitulah dakwaan sesetengah pemimpin), jesteru itu barat yang memang anti Islam ambil kesempatan untuk jatuhkan Malaysia.
Tapi cubalah lihat dengan fikiran yang terbuka. Tak ada kerajaan negara manapun yang dapat bertahan tanpa adanya perhubungan diplomasi dan ekonomi dengan semua negara lain di dunia.
Zaman moden penghujung dunia ini menyaksikan sempadan perhubungan manusia dari kalangan spesis Homo Sapiens terbuka dengan luas. Itu merupakan satu titik tolak kepada perlunya self-correction untuk pastikan manusia dapat bertahan dalam kehidupannya.
Sikap mendabik dada kononnya kita tak perlukan mana-mana dunia atau negara lain untuk menjalani kehidupan moden ini adalah satu pembohongan terhadap diri sendiri. Kita perlu sesuaikan diri mengadaptasi dalam keadaan semasa dan mencatur pergerakan untuk melonjak ke atas.
Kerajaan dalam keadaan paling lemah
Kerajaan kita sekarang dikuasai oleh Barisan Nasional dengan pemerintah tertinggi mereka tidak lain dan tidak bukan dipegang oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone. Seorang lelaki berketurunan Makassar atau Bugis yang berdarah pahlawan hebat.Memang Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ternyata beliau seorang pahlawan hebat, pantang menyerah kalah dan berani mengharungi ombak besar. Ternyata dia memang berdarah keturunan pelayar kapal yang amat hebat.
Dalam hebat sangat itulah yang bakal merosakkan keseluruhan kapal dan bakal membunuh keseluruhan anak kapal. Dalam ribut taufan yang tak selamat, ketua perlu tahu buat keputusan yang baik.
Membuat keputusan degil bukanlah bererti baik. Ketua yang hebat adalah ketua yang tahu bila masanya perlu berdegil dan ila masanya perlu beralah. Kalau asyik dengan kedegilan secara konsisten, malapetakan mudah melanda.
Rating ekonomi negara kita jatuh teruk walaupun dari segi perkara asas kita tidak sepatutnya teruk sangat. Namun begitu, segala pertimbangan terhadap ekonomi sesebuah negara bergantung penuh pada kedudukan kerajaannya.
7 sebab kedudukan kerajaan adalah lemah
Dan keadaan kerajaan yang ada di Malaysia sekarang berada dalam situasi yang paling lemah dalam sejarah, ia memberikan kesan kepada perkiraan kedudukan ekonomi negara kita.Betulkah kedudukan kerajaan kita amat lemah sekarang ?
Berikut saya senaraikan 7 sebab, sebagaimana yang diberikan oleh A Kadir Jasin dalam postingnya yang terkini:
- Umno sudah berpecah kepada dua puak – puak Mohd Najib dan puak Muhyiddin-Shafie
- Di peringkat akar umbi UMNO pula, kepemimpinan bahagian dan cawangan tidak lagi berani angkat kepala kerana malu diherdik dan dipersendakan oleh ahli-ahli sendiri
- Barisan Nasional hanya wujud pada nama
- Ramai perwakilan ke Persidangan Agung MCA baru-baru ini secara terbuka menggesa Mohd Najib meletakkan jawatan
- MIC lumpuh akibat krisis dalaman
- Di Sarawak, parti-parti suku kaum yang membentuk BN negeri mula bersuara mengenai autonomi dan menjauhkan diri daripada krisis pemerintahan pusat
- Umno Sabah pun telah berpecah akibat pemecatan Shafie dan penonjolan musuh-musuh politik beliau.
Apa pembangkang boleh buat
Kata orang, kedudukan pembangkang adalah paling kuat dalam sejarah
negara. Tapi nampaknya apa yang sedang berlaku sekarang ini menyatakan
sebaliknya.
Dalam keadaan Kerajaan BN yang amat lemah dan tidak bermaya,
ditertawakan di seluruh dunia, malah dicerca di maki di media
alternatif, pembangkang tak boleh buat apa-apa. Kat mana kuatnya
pembangkang ?
Kononnya konsep dua parti bersaing dalam sesebuah negara adalah satu
konsep terbaik di mana akan berlakunya semak dan imbang. Tapi semakan
semuanya diterajang mentah-mentah dan pebangkang tak dapat buat apa-apa.
Dengan bantuan daripada kecaman yang berlaku sesama UMNO dan juga BN,
pembangkang tak dapat membantu rakyat Malaysia yang resah gelisah.
Apakah semua kelemahan pembangkang terjadi disebabkan oleh masalah dalam
Pakatan Rakyat? PAS salahkan DAP, dan DAP salahkan PAS. Sekarang PAS
salahkan PAN dan PAN pula giat merekrut ahli PAS.
Pakatan Rakyat masih ada kata sesetengahnya, dan dalam masa yang sama
Pakatan Harapan pula mahu diusahakan. Nampak macam ada perang berbagai
penjuru sekarang ini. Semuanya menyerang sasaran yang sama tapi tidak
ada kerjasama erat untuk mencipta momentum serangan sekali hentak.
Siapa yang boleh ke depan dan ketuai satu serang padu dan muktamad dan seterusnya selesaikan kesemua krisis ini agaknya ?
Mungkin kita perlu panggil Antonio Banderas untuk melakonkan watak Zorro
di negara kita, bagi meruntuhkan dan seterusnya membebaskan DSAI dari
penjara...!
Apa pendapat anda ?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.