Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos hari ini
membuat 17 laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang dianggapnya
fitnah dan tohmahan.
Antara laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan dalam media sosial dan blog yang mendakwa beliau ingin merogol seorang artis.
Beliau juga membuat laporan polis berhubung dakwaan sebuah lagi blog
yang memaparkan gambar beliau bersama Datuk Seri Najib Razak dan
mendakwa menerima wang berjumlah RM3 juta dari perdana menteri.
"Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial.
"Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah
berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka
yang tak bertanggungjawab," katanya.
Jamal berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini.
- mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.