Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam?
SHAH ALAM - Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui
rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung
Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis
dan nombor enjinnya telah dipadamkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.
“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.
“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.
Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu.
Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
Berita kehilangan Kelvin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.-Sinarharian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.