Followers
Saturday, September 26, 2015
Faedah Yang Menakjubkan Menaruh Bawang Di Telapak Kaki Dwi Asmara
Kembali, para penyelidik yang memberi tumpuan terhadap kesihatan termasuk manfaat unik hirisan bawang merah yang diletakkan di dalam stokin kaki pada saat hendak berehat pada malam hari.
Cara yang terbilang unik ini mempunyai manfaat yang sangat berbeza-beza seperti membantu membersihkan racun dalam tubuh, serta membantu menyembuhkan gejala flu dan demam.
Ternyata cara ini telah dikenal lama dan banyak sekali membantu penyembuhan penyakit sejak bertahun-tahun lamanya. Dan mereka yang seringkali menerapkan cara ini terbukti mampu berumur panjang, dan tetap sihat kerana terhindar dari berbagai macam penyakit.
Para ahli refleksi mendedahkan bahawa banyak sekali pangkal saraf yang terdapat pada telapak kaki manusia berhubung secara langsung dengan beberapa organ penting dalam tubuh manusia.
Dalam ilmu perubatan Cina, istilah untuk zon pada telapak kaki ini sering disebut dengan Meridian dan terdapat kurang lebih 70.000 pangkal saraf yang ada di telapak kaki kita. Jadi, ada baiknya untuk memberi perangsang pada bahagian telapak kaki ini.
Mau cuba? Caranya mudah. Sebelum beranjak tidur pada malam hari ambil beberapa keping kecil bawang merah. Kemudian, letakkan di bawah telapak kaki anda kemudian tutup dengan menggunakan stokin kaki.
Setelah dilakukan, maka saraf-saraf yang terdapat di telapak kaki akan dirangsang dan menghilangkan racun, membunuh bakteria, cacing dan pathogen lain yang ada dalam tubuh anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.