Apabila Azmin membuat kenyataan, keputusan rundingan meja bulat
membentuk Pakatan Harapan itu tiada kaitan dengan Kerajaan Selangor;
ramai yang marah.
Laman sosial pro-Pakatan Harapan penuh dengan status marah-marah dan
sindiran. Dalam banyak-banyak posting itu Yong tertarik dengan status
seorang yang memakai nama Tok Usin UG Ceroi:
Postingnya lucu tetapi padat dengan sindiran.
Untuk memudahkan pembacaan, Yong copy paste semula tulisan Tok Usin UG
Ceroi dengan struktur ejaan yang betul. Tok Usin jangan marah yer!
Pembaca Yong ada yang sudah jadi warga emas dan sukar memahami bahasa
singkatan.
Ramai cucu tok tanya pendapat tok tentang
pendirian MB Selangor yang kata Pakatan Harapan tiada kaitan dengan
Selangor. Azizah pun kata kerajaan Selangor di bawah Azmin masih kukuh
kerana masih dapat majoriti sokongan dalam DUN.
Pendapat tok gini. Tindakan Azmin itu
sebenarnya untuk memalukan parti tok. Kenapa tidak? Pakatan Harapan
telah diwujudkan tanpa parti tok. Patutnya parti tok sedar diri termasuk
semua exco di Selangor dan ADUN2 di Selangor.
Apa patut parti tok buat jika parti tok ada
maruah? Pertamanya, semua ADUN parti tok istihar tarik diri dari
menyokong Azmin sebagai MB Selangor. Kedua, semua Exco dari parti tok
meletakkan jawatan dari kerajaan Selangor termasuk mereka yang memegang
jawatan dalam syarikat GLC di Selangor.
Tindakan Azmin ini tok lihat amat bijak untuk
memerangkap parti tok. Kenyataan Azizah ini juga bijak kerana
menyerahkan kembali bola ke kaki parti tok. Sekarang, rakyat nak lihat
sejauh mana maruah yang ada pada parti tok?
Kalau semua ADUN dan Exco parti tok buat
selamba saja dengan keputusan Pakatan Harapan yang terang jelas
singkirkan parti tok, ertinya parti tok memang gila kuasa dan jawatan,
dan sanggup jadi parti tak bermaruah serta terhegeh2 di Selangor.
Tok rasa Pakatan Harapan memang sengaja
lakukan semua ini untuk menunjukkan betapa parti tok memang takde maruah
diri. Tak sedar orang sudah tidak mahu tapi masih tak berani nak keluar
dari menyokong Azmin. Azmin pun cerdik, dia tak mahu dilihat menghalau.
Azmin juga mahu lihat sejauh mana maruah parti tok.
Bagi tok, sesiapa yang marah kat Azmin mereka
tak tahu stail Azmin yang pintar politiknya. Yang nampak bodoh adalah
parti tok yang tebal muka masih mahu bersama PKR.
Baru kita faham, di mulut sebut jihad dan perjuangan Islam, tapi maruah terlalu rendah bila takut nak letak jawatan..
********************
Kalau tak faham atau kalau takut hilang jawatan, jangan jadi ahli
politik. Rakyat melihat dan menilai apa yang kamu cakap dan yang buat.
BILA LAGI? (UTUSAN) |
Kedudukan jawatan di Pulau Pinang yang sudah terang, kerana Ketua
Menterinya DAP pun enggan letak jawatan! Inikan pula di Selangor!
Ini bukan soal ulama atau bukan ulama. Ini soal maruah.
JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.