Followers

Wednesday, September 23, 2015

Amah Dipenjara 'Rogol' Anak Majikan



Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah atas kesalahan mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki berusia separuh dari usianya.

Wanita warga Indonesia yang berumur 28 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan keji itu pada 5 September lalu dengan anak majikannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah yang tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah.

Mahkamah dimaklumkan, tertuduh memasuki Singapura pada akhir bulan Jun 2015 dan mula berkerja dengan untuk keluarga terbabit mulai 3 Julai.

Pada jam 7:00 malam, 5 September, remaja lelaki berkenaan berada di rumah dengan wanita itu serta seorang lagi rakan sekerjanya. Ibu bapa dan bapa saudara remaja itu telah keluar.

Difahamkan, remaja lelaki itu menunjukkan helah kad pada wanita terbabit, lalu dia dipeluk tetapi dia menolak tangan wanita itu.

Mangsa kemudian naik ke biliknya untuk menyimpan kad itu. Seminit kemudian, wanita itu pula datang ke biliknya.

Ketika mangsa yang sedang duduk menghadap komputer, wanita itu datang dari belakang mencium pipi dan lehernya. Terkejut dengan tindakan wanita itu, remaja terbabit bangun dan cuba keluar dari bilik.

Malangnya, belum sempat dia membuka pintu, wanita itu memeluknya dan mula menanggalkan pakaiannya.

Disebabkan terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa tidak melawan tindakan wanita itu yang menanggalkan pakaiannya dan membawany ke katil dan mengadakan hubungan seks.

Apabila wanita itu terdengar bapa saudara mangsa sudah pulang, dia segera menghentikan perbuatannya itu.

Mangsa kemudian memberitahu bapanya tentang apa yang berlaku.

Peguam yang mewakili mangsa, Timbalan Pendakwa Raya, Nicholas Lai, mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara terhadap tertuduh atas dakwaan pecah amanah. Tertuduh yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan juga didapati menghidap penyakit kelamin.

Menurut Nicholas lagi, tidak kira sama ada anak guamannya dijangkiti atau tidak, hakikatnya tertuduh telah meletakkan anak guamannya pada risiko kesihatan.

Tertuduh yang dihukum penjara bermula 7 September yang lalu dari tempoh mula ditahan, boleh dikenakan hukuman penjaran sehingga 10 tahun dan denda kerana membuat hubungan seks dengan individu di bawah umur 16 tahun.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.