Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah?
Datuk Abdul
Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan
kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa
yang baru berlalu.
Bagaimanapun,
pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak
mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada
menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan
membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.
"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.
"Daripada situ, kita akan dapat terus bergerak ke depan dan mendapatkan
semula kepercayaan rakyat," katanya pada satu sidang media di Wangsa
Maju hari ini.
Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan
perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada ‘mesin yang
berjalan lancar’.
Rahman berkata, perwakilan asing pada Persidangan Antarabangsa Anti
Rasuah (IACC) ke-16 2015 itu tidak sepatutnya mengkritik Malaysia pada
satu acara di mana negara ini menjadi tuan rumah.
Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah?
Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah?
"Tak sesuai mereka berkata demikian secara terbuka begitu. Anda tak
boleh sesuka hati mengata negara tuan rumah begitu dan begini," katanya.
Persidangan 3 hari di Putrajaya yang berakhir semalam, menyaksikan
perwakilan seperti pengerusi Transparency International Jose Ugaz
menggesa Najib menjelaskan mengenai dana yang disalurkan ke akaun
beliau.
Para aktivis anti rasuah dan pakar dari seluruh dunia juga menuntut
Najib menerangkan sekiranya sebarang ikatan dikaitkan dengan sumbangan
derma itu.
Rahman berkata, tidak ada gunanya menuntut jawapan pada ketika ini
apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih untuk
tidak menghebahkan kerja yang sedang mereka lakukan.
Beliau berkata, orang ramai hanya perlu menunggu badan anti rasuah itu melengkapkan siasatannya dalam perkara itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.