Followers

Wednesday, September 23, 2015

Adakah bayaran AS$1 bilion kepada Abu Dhabi satu penipuan, soal Pua


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada pinjaman 1MDB dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia disembunyikan untuk mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan sama ada pinjaman 1MDB dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia disembunyikan untuk mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa menyembunyikan satu pinjaman dari konsortium bank antarabangsa daripada juruauditnya, Deloitte, bagi tujuan mengaburi sumber pembayaran kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurutnya, sumber AS$993 juta yang dibayar 1MDB kepada IPIC bagi menamatkan opsyennya adalah tidak jelas dan laporan berita menyebut ia mungkin datang dari AS$1.22 bilion yang ditebus 1MDB dari Kepulauan Cayman atau pinjaman sebanyak AS$975 juta daripada konsortium 6 bank pada Oktober 2014.

"Soalan yang perlu ditanya sekarang adalah jika eksekutif 1MDB sekadar menggali lubang bagi menutup lubang menggunakan AS$975 juta yang tidak didedahkan itu bagi membayar penamatan opsyen itu, dan berpura-pura dana itu datang daripada pelaburan yang ditebus di Kepulauan Cayman.

"Adakah ini satu langkah berani menutup lubang memandangkan tiada apa-apa yang nyata ditebus dari Kepulauan Cayman kerana wang yang dahulunya dilabur dengan PetroSaudi (International Limited) hilang?" soal Pua dalam satu kenyataan.

Menurut Pua, beliau curiga apabila akaun diaudit 1MDB berakhir Mac 2014 tidak mendedahkan pinjaman dari konsortium Deutsche Bank kepada Deloitte Malaysia.

Sebaliknya, 1MDB mendedahkan ia menebus AS$1.22 bilion dari Kepulauan Cayman, hanya untuk ia digunakan serta merta untuk opsyen itu.

Perkara ini dan kerahsiaan yang melingkari pinjaman itu menimbulkan kecurigaan, katanya.

Pelaburan Kepulauan Cayman datangnya dari penamatan pelaburan kontroversi 1MDB dengan PetroSaudi International Limited pada September 2012, katanya.

"Sekarang 1MDB perlu jelaskan dengan terus-terang sebab mengapa pinjaman dari konsortium Deutche Bank itu tidak pernah didedahkan kepada juruauditnya, berapa jumlah dibayar bagi memansuhkan opsyen itu dan sumber asal wang tersebut – dari Deutsche Bank atau dari penebusan Kepulauan Cayman.

"Kegagalan berterus terang akan membawa kepada spekulasi yang kini hampir AS$2 bilion hilang - AS$1 bilion yang dibayar kepada IPIC tetapi tidak diakui dalam akaun, dan AS$1 bilion yang didakwa ditebus dari Cayman tetapi kemudian lesap," katanya. – 23 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.