Gabenor Bank Negara Sindir Najib. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari
ini tidak mahu menyentuh tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke
dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,
dengan berkata beliau mungkin ditangkap jika bercakap tentang individu
tertentu.
"Saya perlu berhati-hati apa yang saya cakap - bahawa ia perlu dalam batasan undang-undang.
"Jika tidak, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari pintu ini, saya
akan berdepan ditangkap kerana bercakap tentang seseorang individu
sekarang.
"Dan saya yakin anda tidak mahu perkara ini berlaku," katanya dalam
sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.
Respons Zeti itu disambut dengan ketawa wartawan dan pegawai Bank Negara yang hadir. Satu klip video mengenai respons beliau itu juga dimuat naik di Pocketimes.
Zeti ditanya sama ada Bank Negara mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai
deposit yang besar itu ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Gabenor Bank Negara Sindir Najib
Gabenor Bank Negara Sindir Najib
Hari ini merupakan penampilan pertama beliau sejak beberapa minggu ubu
selepas menjadi sasaran serangan berhubung peranan Bank Negara Malaysia
dalam menyiasat 1MDB, di mana pihak-pihak tertentu menuduh bank pusat
itu membocorkan maklumat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai
deposit itu menyaksikan penyiasatnya ditangkap polis dan rumah serta
pejabat mereka digelidah.
Penyiasat utama SPRM dalam kes itu dipindahkan keluar secara mendadak tetapi ia kemudiannya dibatalkan ekoran bantahan awam.
SPRM berkata RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi "sumbangan penderma".
Ia merancang memanggil Najib untuk menjelaskan mengenai deposit tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.