Sudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya
mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan
Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin UMNO terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.
Bermakna, bukan saja pemimpin UMNO yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti "maklumat tepi jalan" atau "gossip cerita artis" semata-mata.
Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat "dakwaan kosong" sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.
Oleh kerana Zahid masih terbelenggu dengan "janji lama" dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.
Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin UMNO terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.
Kedua, terus membuat "dakwaan-dakwaan kosong" atau bersandarkan "kicauan burung" ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti "pembawa gossip artis" untuk selama-lamanya.
Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hireaki UMNO.
Oleh kerana pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar UMNO dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.
Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hireaki UMNO dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.
Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang turut bertambah sukar.
Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam sepuluh orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.
Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda UMNO. Selain beberapa Pemuda UMNO bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.
Oleh yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan UMNO dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.
Alang-alang sudah menyebut ada tokoh UMNO mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.
Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli UMNO dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.