Followers

Thursday, August 20, 2015

'Tiada kawasan, cawangan PAS akan terbubar' ??


Zar Ali's photo.

PAS menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun terdapat pimpinannya dan sebahagian ahli keluar dari parti Islam itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata parti itu mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian, namun terdapat peruntukan perlembagaan parti membenarkan aktiviti parti diteruskan.

"Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan.

"Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, beliau berkata PAS mengucapkan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang diberikan dan PAS menghormati ha untuk kekal atau keluar parti.

"Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti," katanya.

Beliau menyeru kepada ahli dan pemimpin PAS lain supaya meneruskan perjuangan dan aktiviti parti dan bersabar demi menempuh segala mehnah dalam perjuangan.

"Selagi mana kita berada di atas landasan benar, Allah akan membantu kita. Insya-Allah," katanya lagi.


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.