Followers

Monday, August 31, 2015

TERKINI BERSIH 4 (HARI KE-2) - LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA. 100,000 PADA MALAM TERAKHIR. SUMBER DARI MALAYSIAKINI



12am Jalan TAR - Peserta yang berhimpun di jalan TAR menyanyikan lagu Negaraku pada jam 12 tengah malam.

Setelah selesai penantian jam 12 tengah malam, peserta himpunan mula bersurai dari jalan TAR sambil menyanyi lagu “Bersih”.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur pula memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok.

Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.[Baca lanjut]

11.55 Jalan Parlimen - Kira-kira 10 anggota polis dan trafik berkawal di lampu isyarat simpang Jalan Parlimen untuk memantau perhimpunan BERSIH 4.

Tidak kelihatan sebarang kendaraan FRU atau trak polis di lokasi tersebut.

11.45pm: Pentas utama - Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam ucapannya berkata, jika ada BERSIH 5 selepas ini ia akan menjadi "pesta rakyat".

Beliau juga meminta orang ramai meyakinkan ahli parlimen masing-masing supaya menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia diusulkan nanti.

11.45pm: Jalan Parlimen - Bukan hanya orang biasa yang menyertai BERSIH 4.

Pelakon filem dan drama, Jesse Lim, turut mengambil peluang datang untuk meninjau keadaan di sekitar perhimpunan.

"Selepas empat kali diadakan, ini kali pertama saya datang ke perhimpunan BERSIH.

"Mungkin sebab sebelum ini hanya diadakan waktu siang. Kali ini berlangsung selama 34 jam.

"Saya sempat datang waktu malam sebab siang hari ada penggambaran," katanya kepada Malaysiakini.

Kehadiran pelakon berusia 44 tahun itu turut diambil peluang oleh peserta lain untuk bergambar dengannya.

Ditanya mengenai BERSIH 4, Jesse berkata, sesuatu perkara dilakukan mesti mempunyai sebab.

"Kalau seorang merayu mungkin salah faham. Kalau 100 orang mungkin mereka menganggap kita berdengki.

"Tapi kalau 1,000 orang merayu kepada seseorang itu mungkin kita tak boleh nak nilai. Kalau berjuta orang sudah marah kepada seseorang itu, mesti orang itu adalah masalah," katanya yang baru selesai penggambaran filemMulut dan Koncu arahan Datuk A Razak Mohaideen.


11.40pm - Jalan Tun Perak - Orang ramai kelihatan mula bergerak meninggalkan kawasan utama melalui Jalan Pudu dan Jalan Sultan. Pada masa sama hanya beberapa orang anggota polis kelihatan bertugas agak jauh dari situ.

Keadaan lampu jalan berhampiran Dataran Maybank yang terpadam tiba-tiba menyebabkan orang ramai bersorak namun keadaan kembali tenang sejurus selepas itu apabila lampu berkenaan kembali menyala.

11.30 pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Quratulain Atiqah, 24, datang menyertai BERSIH 4 bersama 20 kawannya seja semalam.

Katanya, semalam tidak ramai Melayu menyertai BERSIH mungkin disebabkan kurang yakin terhadap keselamatan masing-masing selepas diugut dengan pelbagai cara, termasuk mengharamkan baju.

"Tapi mereka tengok semalam OK saja, polis pula tak gunakan kekasaran. Ini antara sebab peserta Melayu tambah malam ini,“ katanya kepada Malaysiakini.

Atiqah berkata sebagai anak muda, dia percaya himpunan aman merupakan satu manifestasi rakyat.

“Mungkin tiada perubahan berlaku serta-merta (kesan perhimpunan aman) tetapi ini adalah kekuatan kita,” katanya.

11.27pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman- Peserta Melayu ramai berkumpul di sekitar kawasan ini.

Salah seorang daripada mereka ialah Mohd Saidi, 55, yang datang bersama isteri dan empat anak mereka, serta dua kawan lain untuk mendengar ucapan di pentas utama berhampiran Dataran Merdeka.

Beliau mengaku hadir di Dataran Merdeka semalam.

"Saya rasa semalam peserta Melayu hanya 10 peratus tetapi malam ini ada 30 peratus. Ini adalah merangsangkan.

"Bagaimanapun, saya rasa turn out peserta Melayu secara keseluruhan kurang berbanding BERSIH 3 kerana ketika itu turn out mencapai 80 peratus," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sebab peserta Melayu malam ini lebih ramai, Saidi berkata mungkin orang ramai berasa selamat selepas tiada kejadian tidak diingini berlaku semalam.

“Semalam mereka takut keluar kerana ingat polis akan ambil tindakan atau ada apa-apa kekacauan,” katanya.

"Orang Melayu sebenarnya marah dengan pentadbiran kerajaan BN terutamanya perlaksanaan GST," katanya.

11.20pm: Jalan Parlimen - Hayat, 22, kali pertama turun menyertai BERSIH hari ini.

Asalnya, kata Hayat, dia mahu datang semalam tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana bekerja.

"Mungkin orang lain juga begitu. Sebab itu tak ramai Melayu semalam," katanya dan dipersetujui beberapa rakannya yang ada bersama.

Nordin, 51, pula berkata dia menjadi peserta BERSIH 4 sejak semalam tetapi tidak tidur di Dataran Merdeka.

Ditanya mengenai BERSIH 4, Nordin berkata dia tidak menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan melepaskan jawatannya kerana protes kali ii.

"Dia akan berundur jika dia nak berundur. Tapi menyertai BERSIH ni memang berbaloi," katanya.



10.17pm: Jalan Parlimen - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anaknya, Nurul Nuha Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan menyampaikan ucapan kepada peserta BERSIH 4 selepas ini. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Laungan "Reformasi" juga kedengaran ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berjalan ke arah pentas berhampiran Dataran Merdeka.

10.15pm: Dataran Merdeka - Di depan pentas utama BERSIH 4, orang ramai menyanyi lagu Standing in the Eyes of the World bersama penyanyi Eddy dan Wimii.

Sambil menyanyi mereka menggerakkan tangan dan menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing, selain ada mengibarkan Jalur Gemilang.

10.10pm Menara Maybank - Pemimpin DAP Lim Kit Siang menggesa rakyat memastikan tiada perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Razak muncul lagi dalam politik Malaysia.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula mahu orang ramai tidak mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu "bukan rakan" sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan.

10pm: Pusat Konvensyen KL - Datuk Seri Najib Razak berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Perdana menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang melanda.




8.30pm - Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang dikehendaki polis Malaysia, menyertai perhimpunan BERSIH 4 di London.

Beliau memakai pakaian kuning sambil membawa belon warna sama bertulis perkataan “free media” (bebaskan media).

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan itu. Acara sama anjuran Global BERSIH itu turut berlangsung di lebih 70 bandar di seluruh dunia.




7.30pm Jalan Raja – Seorang lelaki didakwa mabuk muncul di Dataran Merdeka dan mengganggu peserta, termasuk menolak mereka.

Polis membawa beliau pergi selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

7.25pm Jalan Raja - Bunyi bising vuvuzela kini senyap bagi menghormati masukkan waktu Maghrib. Yang lainnya cuba berteduh dari hujan.



7.45pm Jalan Tuntuk Abdul Rahman - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS mengimami solat Jumaat berjemaah.



6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini.

Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, Idris hanya tersenyum.

Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas.



2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil.

"Sambutan malam ini diadakan di Bukit Jalil, tapi perarakan Merdeka esok akan diadakan di sini (Dataran Merdeka)," katanya.

Maria kemudiannya berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerjasama dan beliau berjanji akan menamatkan perhimpunan BERSIH sebelum tengah malam.

Sementara itu, Maria berkata beliau tidak ambil berat khabar angin bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan sekali lagi dalam perhimpunan itu.

"Jika dia datang, kita akan sambutnya sebagai peserta," kata Maria.

Sementara itu, Bernama melaporkan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

"Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja.

"Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu," katanya ketika ditemui oleh pemberita di ibu negara, hari ini.





1pm: Jalan Raja - Bersih mengumumkan bahawa sebarang mesej yang tersebar di WhatsApp meminta peserta hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk mengutip elaun RM200 adalah palsu.

"Jika anda mahu derma, pergi mencari Najib. Kami tidak memberikan sumbangan. Kita hadir di sini ikut kemahuan kita sendiri," kata seorang juruhebah.

1pm: Pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4, kata Datuk Seri Zahid Hamidi, lapor Bernama.

Menteri dalam negeri juga berkata pihak berkuasa memantau "setiap perkataan" yang disampaikan dalam perhimpunan tersebut, dijadual selama 34 jam sehingga tengah malam ini.

Bercakap selepas merasmikan mesyuarat agung Umno Ipoh Timur hari ini, Zahid berkata tindakan terhadap mereka boleh diambil menggunakan Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis.

12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih".

Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka.

Tinggal lagi 11 jam menjelang tengah malam untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Bersih menganjurkan perhimpunan ini selama 34 jam mulai 2 petang semalam.


10.20am: Jalan Raja - Semangat mula dikobarkan untuk hari kedua yang secara rasminya bermula jam 9 pagi tadi.

Ucapan pagi disampaikan antaranya Timbalan Ketua Meteri Pulau Pinang, Rashid Hasnon dan wakil rakyat Parit Buntar, Mujahid Yusof.

Aktivis muda Adam Adli menyanyikan lagu dengan iringan kumpulan rakan-rakannya, 'BangsArt'. Ada juga yang menari, memberikan semangat kepada peserta Bersih 4.

Sebelumnya, di langit Kuala Lumpur, beberapa jet pejuang dan helikopter kelihatan merentasi kawasan Dataran Merdeka bagi meneruskan latihan penerbangan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58 esok.

10.18am: Masjid Jamek - Kira-kira 1,000 orang, yang baru saja tiba, kelihatan sedang berarak dari stesen LRT Masjid Jamek ke arah Dataran Merdeka untuk menyertai peserta lain di sama. Mereka melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih!"

9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun.

Beberapa kumpulan peserta muncul dari arah stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa ratus lagi bergerak dari arah Pudu Sentral.

Mereka yang menuju ke kawasan lapang berhampiran Dataran disambut wakil rakyat Bakri, Er Teck Hwa, yang membahagi-bahagikan roti dari sebuah lori yang dibawanya dari Johor.

9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan.

Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan.

"Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya.

Ucapan beliau mendapat tepukan gemuruh. Selepas ucapan, beberapa peserta mengucapkan terima kasih, ada juga peserta yang mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah.

Peserta di Dataran Merdeka bertambah menjadi kira-kira 7,000 kerana ramai peserta akan hadir pada hari kedua perhimpunan.



Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.


9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR.

Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta.

Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu.

9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing

10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib

12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari

2pm -7pm - Persembahan dan ucapan

7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam.

7.30pm - Solat Maghrib

7.50pm - Solat Hajat

8.10pm Zikir/Doa Munajat

8.40pm - Solat Isyak

9.00pm - Tazkirah

9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat

Tengah malam - Penutupan oelh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu.

9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta.

Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian.

Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Ivy mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan.

Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.