Followers

Saturday, August 22, 2015

Shafie Apdal - Najib Jangan Salahkan Soros Ringgit Jatuh




Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyalahkan orang lain berhubung kedudukan ekonomi negara kini.

Malah, Mohd Shafie berkata kerajaan juga tidak boleh menyalahkan hartawan terkenal, George Soros menjadi punca kejatuhan nilai mata wang ringgit.

"Kita tidak ada George Soros seperti yang pada masa lalu. Jika ia adalah kerana Soros, kita boleh faham, " katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Jerlun hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Soros (gambar) sebagai pihak bertanggungjawab menyebabkan krisis kewangan melanda Asia pada 1997 dan 1998.

Mohd Shafie yang digugurkan daripada jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akhir bulan lalu berkata, negara sekali lagi menghadapi kejatuhan nilai mata wang dengan ringgit berada pada paras terendah sejak 17 tahun lalu.

Nilai bagi ringgit ketika ini ialah RM4.10 bagi setiap AS$1.


"Satu-satunya keuntungan kita adalah daripada cukai barangan dan perkhidmatan. Ia tidak bermakna GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tidak perlu dilaksanakan, namun ia membebankan rakyat, " kata Shafie.

Salahkah bertanya

Beliau mengakui banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan enam peratus GST sejak 1 April lalu.

Mohd Shafie bagaimanapun berkata, beliau faham krisis ekonomi yang berlaku kini adalah sebahagian daripada masalah global seperti penurunan nilai mata wang China yang turut menyebabkan ringgit jatuh.

"Tetapi bagaimana pula dengan masalah dalaman kita sendiri?" katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, kelemahan nilai ringgit disebabkan penurunan harga komoditi dan perubahan dasar kewangan di AS serta China, selain spekulasi keadaan politik di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie bertanyakan kepada perwakilan apakan beliau salah apabila bertanyakan soalan mengenai 1MDB.

Lantas 1,000 perwakilan yang hadir pada mesyuarat bahagian itu menjawab dengan tegas: "Tidak!".

Malah, Mohd Shafie juga mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak terlibat dalam pasukan petugas baru yang dilaporkan akan ditubuhkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Jika kita mahu untuk menyiasat penyelewengan dana, SPRM seharusnya berada di dalam pasukan petugas itu," kata Shafie.


- mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.